Zul Ariffin nafi kahwin gadis Ukraine

AKTOR popular, Zul Ariffin menafikan dakwaan yang mengatakan dia telah berkahwin dengan seorang gadis Ukraine, Tanya Glembotska.

Kabar angin mengenai berita perkahwinan itu tular apabila satu akaun Instagram (IG) gosip tempatan menyebarkan gambar Zul dan Tanya yang dikongsi di ruangan IG Story milik gadis Ukraine itu.

“I want to say thanks to my husband, I am very happy with you,” tulis Tanya dalam perkongsian tersebut.

Kenyataan itu telah mengundang perhatian dan menimbulkan spekulasi di kalangan peminat pelakon berusia 33 tahun ini.

BACA: Buat hal betul! Paling susah berlakon sebelah Ropie – Zul Ariffin

BACA: Zul Ariffin nafi beri harapan kepada gadis Ukraine

BACA: Zul Ariffin selamatkan Neelofa dari jatuh

Namun begitu, Zul sendiri menafikan perkara tersebut dan mengatakan akaun IG gosip tersebut mungkin mahukan perhatian.

“Tiada maknalah, itu semua cerita lama! Saya tiada apa-apa komen.

“IG gosip itu kempunan perhatian agaknya, komen pun tiada guna…maaf saya tiada komen,” katanya.

Sebelum ini, Zul pernah dikatakan bercinta dengan gadis itu pada tahun lepas, gosip mengenai mereka kembali hangat apabila kedua-duanya berkongsi gambar di tempat dan masa yang sama di akaun IG mereka baru-baru ini.

 

Article source: http://www.astroawani.com/berita-hiburan/zul-ariffin-nafi-kahwin-gadis-ukraine-195756

Leave a Comment

17 + 9 =